Air,bukan hanya untuk menghilangkan dahaga tetapi amat perlu bagi membantu pertumbuhan semula sel,membantu mengeluarkan toksin daripada tubuh dan membantu dalam proses metabolisme tubuh
Menurut kajian,air merupakan komponen terbesar didalam semua makhluk hidup.Dalam tubuh manusia sendiri terdapat 70 peratus air.Kekurangan air didalam tubuh boleh mengganggu kesihatan tubuh,malah banyak penyakit berlaku disebabkan kekurangan air dan pengambilan air yang tercemar.Oleh itu,mengambilan air secara teratur amat bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan
Air putih contohnya,sering diabaikan oleh orang ramai terutamanya sekali ketika bangun daripada tidur.Amalan minum air sebaik bangun dari tidur amat bermanfaat untuk kesihatan.Sebenarnya sepanjang kita tidur di antara enam hingga lapan jam setiap malam,kita tidak minum air sehingga menyebabkan tubuh kekurangan air
Sepanjang tempoh tidur,tubuh akan menggeluarkan banyak cairan melalui pengewapan.Ini kerana,tubuh tidak berhenti bekerja biarpun kita tidur.Metabolisme selakan kekal berjalan dan cairan daripada sel tubuhlah yang membantunya
Sebab itu,kita akan berasa dahaga apabila setiap kali bangun dari tidur.Keadaan ini perlu dipulihkan segera meminum air sebanyak 250 ml hingga 500 mlair,(banyak tuuu)bergantung kepada berat badan seseorang,agar tubuh akan kembali segar semula
Jika kita tidak meminum air setelah bangun dari tidur,tubuh akan kekurangan mineral.Untuk permulaan,minum segelas air putih setelah bangun daripada tidur akan membantu tubuh.Air yang terdapat di dalam tubuh kita digunakan oleh organ-organtubuh yang tidak pernah berhenti bekerja termasuklah otak,jantung dan ginjal.Oleh itu kita disarankan minum air
Selain itu,bukan hanya ketika bangun tidur kita perlu minum air,tetapi sebelum tidur juga kita disarankan minum air.Tidak perlu terlalu banyak kerana minum air berlebihan membuatkan kita sering terjaga malam untuk membuang air kecil,seterusnya mengganggu kualiti tidur anda.MALAH,IA JUGA BOLEH MEMUDARATKAN GINJAL DAN FUNGSI JANTUNG
PS:nampaknya kena ganti minum kopi dengan air mineral lah gayanya.