Friday, 23 November 2012

            JUS DELIMA
     halang kanser prostat
Para pengkaji di Universiti of California,Riverside, sedang mengenal pasti komponen di dalam buah delima yang boleh menghalang penyebaran
kanser
terutamanya
kanser prostat
.Menurut sebuah artikel dari laman Advancement of Science (AAAS),para pengkaji sedang memodifikasi komponen kanser yang merupakan penghalang dari buah jus delima
Komponen ini bermanfaat untuk meningkatkan fungsi dan membuatnya lebih efektif dalam mencegah metastasis kanser prostat .Tujuannya lebih kepada terapi ubat yang efektif
"Disebabkan gen dan protein yang terlibat dalam gerakan sel kanser prostat pada asasnya sama dengan mereka yang terlibat di dalam pergerakan jenis lain sel-sel kanser,komponen dimodifikasikan oleh jus boleh memiliki kesan yang lebih luas dalam pengubatan kanser,"
ujar ketua kumpulan pengkaji, Martins-Green
Dia juga turut menjelaskan bahawa terdapat protein penting yang dihasilkan oleh sumsum tulang yang menyebabkan sel kanser pindah ke tulang yang kemudiannya dapat membentuk tumor baru.Oleh itu,kajian jus delima ini amat penting untuk menunjukkan bahawa ia dapat menghalang fungsi protein ini bagi membuktikan bahawa ia memiliki potensi untuk mencegah
metastasis sel kanser prostat
ke tulang
Malah,para pengkaji juga merancang untuk melakukan ujian tambahan untuk
metastasis kanser prostat
bagi menentukan apakah komponen sama yang bekerja di dalam sel kultur dapat mencegah metastasis tanpa kesan sampingan

Sunday, 18 November 2012

OREN SEGAR
lebih baik dari suplemen vitamin C
Kepada anda yang sering
mengambil suplemen vitamin
C
,kini lebih baik anda cuba
beralih arah kepada BUAH OREN
untuk mendapatkan vitamin
C
secara langsung.Ini
kerana,menuruf para pengkaji
dari Universiti Brigham
Young,United Kingdom, BUAH
OREN
mengandungi komposisi
nutrisi
yang lebih baik
BUAH OREN juga menjadi buah
paling popular dengan
kandungan vitamin C dan zat
antioksida
,tetapi para pengkaji
juga ingin mencari cara untuk
mempelajari bagaimana buah
ini memiliki komponen lebih
baik berbanding suplemen
"Kami cuba mengkaji buah oren
kerana kami mendapati
terdapat sesuatu tentang buah
oren yang menjadikannya jauh
lebih baik daripada mengambil
suplemen vitamin C.Kami
fikir,komposisi antioksida di
dalam buah ini mengandungi
nilai kesihatan yang tinggi
kepada kita,"
ujar Tony Parker,salah seorang
daripada penganalisis kajian
tersebut.Parker turut menjelaskan
bahawa setiap kali kita makan karbohidrat dan lemak,
radikalbebas
di dalam tubuh
kita juga akan turut
meningkat.Seterusnya pula,ia
akan meningkatkan risiko
pengerasan arteri dan penyakit
jantung
.Namun,memakan buah
ini akan membantu kita
melindungi diri secara bertahan
daripada kesan tersebut
Antara beberapa
suplemen
yang juga
menawarkan kombinasi
vitamin C yang tinggi turut
disenaraikan antaranya dari
buah beri biru,beri hitam dan
buah oren,antara tiga buah
yang diharapkan dapat
menghasilkan kesan MAKSIMUM