Saturday, 10 November 2012

BERAS HITAM BANTU CEGAH KANSER

Beras hitam lebih popular di negara China berbanding di negara-negara barat.Ia menjadi makanan yang berkhasiat untuk kesihatan,dan antara manfaatnya yang paling menonjol adalah khasiat anti-kanser

Beras hitam mengandungi sedikit gula ,tetapi mengandungi kadar serat yang tinggi serta pati tumbuhan semula jadi yang dapat membantu melawan penyakit jantung dan kanser .Beras ini pernah menjadi beras yang hanya dimakan oleh golongan yang berstatus tinggi dalam sesebuah masyarakat sehingga digelar beras larangan pada masa dahulu.Kini,beras sebegini sering dijadikan sebagai dekorasi makanan serta bahan tambahan pada mi,sushi dan hidangan pencuci mulut

Menurut pakar pemakanan,satu sudu makan beras hitam mengandungi lebih banyak zat seperti zat antioksidan anthocyanin seperti yang terdapat pada buah beri biru ,tetapi tidak mengandungi banyak gula,mengandungi banyak serat serta antioksidan vitamin E .Buah beri berkhasiat untuk membantu kesihatan tubuh,beras hitan dan sekamnya pula memiliki kemampuan lebih daripada itu. Apatah lagi,beras hitan unik dan lebih ekonomi serta kaya dengan antioksidan

Para penkaji turut menyarankan bahawa tanaman yang mengandungi antioksidan akan menghancurkan molekul berbahaya,melindungi arteri dan mencegah kerosakan DNA yang dapat mengakibatkan kanser .Sementara itu, anthocyanin merupakan zat yang memberikan warna gelap pada beberapa jenis buah dan sayuran seperti beri biru dan paprika merah ,menjadikan beras berwarna hitam.Walaupun begitu,sekam beras ini boleh diolah menjadi bijiran sarapan,minuman,kuih-muih,biskut,dan lain-lain

No comments:

Post a Comment