Sunday, 11 November 2012

Petua untuk.....

BERAS HILANGKAN JERAWAT

Ambil dua genggam beras dan goreng tanpa minyak sehingga hangus menjadi arang.Kemudian,kisar beras tersebut sehingga halus.Ambil bahan tadi dan campurkan dengan air dan perah sebiji limau kasturi.Sapukan di muka dan ratakan seperti memakai masker.Bersihkan setelah kering.Lakukan tiga kali seminggu dan hasilnya wajah jadi putih licin dan halus

BOTOL SUSU LEBIH BERSIH

Isikan sedikit beras dicampurkan air kedalam botol susu.Goncang seketika.Hasilnya botol bersih dari segala kotoran susu melekat dan cara ini selamat bebas dari bahaya sabun pencuci

ATASI PENING KEPALA

Ambil tiga ulas bawang putih yang telah dikupas kulitnya.Hiriskan dalam beberapa hirisan dan letakkan di dahi.Insya-Allah,beberapa minit kemudian sakit kepala hilang

PERIUK TANPA KESAN HANGUS

Menghilangkan kesan hangus di dalam periuk ialah dengan mengambil dua genggam buah rosele.Rebuskan ke dalam periuk hingga hilang kesannya

ATASI GUSI BERDARAH

Ambil satu cawan air suam dan letakkan sedikit garam.Gunakan sebagai ubat kumur setiap kali selesai menggosok gigi kerana ia baik untuk gusi dan menggelakkan ulser

No comments:

Post a Comment