Thursday, 8 November 2012

LILIN AROMATERAPI

AWAS BAHAYA
LILIN AROMATERAPI
Tatkala hati sedang gundah atau tertekan,ramai yang cuba mengurankan tekanan tersebut dengan menyalakan lilin aromaterapi.Wangian aromaterapi dikatakan membantu menenangkan dan menjadikan tubuh lebih relak
Namun,menurut satu kajian,lilin aromaterapi ataupun wangian kediaman sebenarnya mengandungi ratusan pelbagai unsur kimia yang boleh membahayakan kesihatan.Terdapat beberapa sebatian kimia di dalam wangian kediaman yang memberi kesan terhadap kesihatan.Menurut kajian tersebut pencemaran udara dalam ruangan udara dapat menyebabkan pelbagai masalah.Ia mungkin menyebabkan batuk ringan dan mata gatal yang anda sendiri tidak sedari penyebabnya
Sistem pengudaraan
Jika aroma wangian boleh bertahan lama,disarankan anda meningkatkan sistem pengudaraan di dalam rumah ini kerana,kebanyakan produk lilin dan wangian kediaman mengandungi bahan yang tidak dinyatakan kandungannya pada kemasan.Kebanyakannya hanya menyatakan "wangian" atau "fragrance tanpa diberi perincian yang lengkap
Selain itu berkemungkinan terdapat ratusan sebatian kimia pada lilin aromaterapi yang tidak diketahui oleh pengguna.Salah satunya,mungkin phthalates yang berfungsi agar aroma lebih tahan lama.Unsur ini dikatakan boleh menyebabkan kecacatan pada bayi dalam kandungan serta masalah reproduksi
Baca juga ini.....
MANDI SIHATKAN TUBUH
Secara asasnya,mandi bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran.Meskipun begitu,aktiviti ini bukanlah hanya sekadar untuk membersihkan diri sahaja tetapi ia boleh menjadikan tubuh lebih sihat dan segar.Selain mandi dengan air sejuk,mandi air panas atau mandi wap,lakukanlah beberapa amalan seperti di bawah agar kulit tubuh benar-benar bersih dan sihat
Gunakan sabun yang mengandungi skrubuntuk membuang sel-sel mati daripada tubuh.Selain itu,sabun seluruh bahagian tubuh agar kesemua kotoran dan sel mati tersingkir
Akhiri mandian dengan membilas tubuh menggunakan air yang bersih.Seterusnya,sapukan pelembap atau krim badan.Ketika mandi,elakkan menggunakan air yang terlalu panas.Ia boleh menggeringkan kulit dan juga menghilangkan minyak semula jadi yang terhasil daripada tubuh selain boleh membuat pembuluh darah halus timbul di wajah
Mandilah dengan menggunakan gayung kerana ia boleh membuat tubuh lebi segar.Berganti-gantilah menggunakan air sejuk dengan air panan ketika mandi agar dapat melancarkan darah dan metabolisme tubuh.Cara begini juga boleh menghilangkan rasa sengal dan letih sehingga tubuh merasa lebih segar
Anda boleh juga mandi sekali gus melakukan spa.Caranya,tambahkan air mandi dengan minyak aromaterapi,gel mandiandansabundengan wangian tertentu mengikut keperluan anda.Mandi wap pula baik untuk kulit kerana wap dan air panas dapat mempercepatkan pembukaan pori-pori kulit untuk mengeluarkan kotoran dan toksin dari dalam tubuh

No comments:

Post a Comment