Anda sukar tidur akibat stres mahupun insomnia?Masih sukar tidur juga walaupun cuba minum air susu hangat serta mematikan lampu di bilik kamar?Elakkan daripada terlalu bergantung kkepada ubat tidur.Bagi yang masih terasa sukar untuk tidur,ikuti empat langkah di bawah yang boleh anda cuba amalkan
1 KEPALKAN JARI KAKI
Cuba kepal-kepalkan jari kaki dan hitung sehingga bilangan ketujuh dan ulangi sehingga anda berasa selesa dan ingin tertidur
2 KEMAS TEMPAT TIDUR
Tempat tidur atau katil yang berselerak membuatkan fikiran berserabut betambah buruk.Malah,hati seakan runsing sahaja.Apa kata anda cuba kemas tempat tidur anda pada waktu pagi sebaik bangun daripada tidur.Jikan tidak sempat mengemaskannya di pagi hari,kemas sahaja tempat tidur sebelum anda mahu tidur.Melihat tempat tidur yang kemas dan bersih lebih efektif untuk membantu kita lebih cepat tertidur
Menurut kajian,19 peratus daripada responden yang menjalani kajian yang mengemaskan tempat tidur berasa lebih mudah tidur dan nyenyak.Menggantikan cadar dan sarung bantal dan selimut dengan yang bersih dan harum juga dapat membantu anda lebih nyaman untuk tidur
3 SUHU BILIK YANG SESUAI
Pastikan suhu kamar sesuai untuk anda kerana suhu bersesuaian membantu anda lebih relak,nyaman dan mudah tidur.Tidur dalam keadaan suhu bilik yang terlalu panas atau terlalu sejuk tidak menyelesakan dan boleh membangunkan anda seketika.Pastikan kipas,penghawa dingin atau pemanas di rumah anda berfungsi dengan baik
4 MATIKAN ALAT KOMUNIKASI
Satu lagi punca yang mengganggu tidur yang nyenyak ialah alat-alat elektronik seperti televisyen,komputer,iPad dan tak kurang juga telefon mudah alih.Alat-alat komunikasi yang diletakkan di sebelah ketika anda tidur boleh mengganggu tidur anda.Cuba matikan alat-alat ini sejam sebelum anda tidur kerana cahaya yang aktif pada alat-alat ini membuat tubuh terjaga

No comments:
Post a Comment