Friday, 23 November 2012

            JUS DELIMA
     halang kanser prostat
Para pengkaji di Universiti of California,Riverside, sedang mengenal pasti komponen di dalam buah delima yang boleh menghalang penyebaran
kanser
terutamanya
kanser prostat
.Menurut sebuah artikel dari laman Advancement of Science (AAAS),para pengkaji sedang memodifikasi komponen kanser yang merupakan penghalang dari buah jus delima
Komponen ini bermanfaat untuk meningkatkan fungsi dan membuatnya lebih efektif dalam mencegah metastasis kanser prostat .Tujuannya lebih kepada terapi ubat yang efektif
"Disebabkan gen dan protein yang terlibat dalam gerakan sel kanser prostat pada asasnya sama dengan mereka yang terlibat di dalam pergerakan jenis lain sel-sel kanser,komponen dimodifikasikan oleh jus boleh memiliki kesan yang lebih luas dalam pengubatan kanser,"
ujar ketua kumpulan pengkaji, Martins-Green
Dia juga turut menjelaskan bahawa terdapat protein penting yang dihasilkan oleh sumsum tulang yang menyebabkan sel kanser pindah ke tulang yang kemudiannya dapat membentuk tumor baru.Oleh itu,kajian jus delima ini amat penting untuk menunjukkan bahawa ia dapat menghalang fungsi protein ini bagi membuktikan bahawa ia memiliki potensi untuk mencegah
metastasis sel kanser prostat
ke tulang
Malah,para pengkaji juga merancang untuk melakukan ujian tambahan untuk
metastasis kanser prostat
bagi menentukan apakah komponen sama yang bekerja di dalam sel kultur dapat mencegah metastasis tanpa kesan sampingan

No comments:

Post a Comment