Thursday, 8 November 2012

TIP MUDAH ATASI STRES

Anda stres kerana terlalu banyak tekanan kerja?mungkin tidak membebankan anda untuk amalkan tip mudah ini bagi menghilangkan rasa stres anda

KETAWA

  • Tiada cara paling mudah dan berkesan selain daripada ketawa.Ketawa merupakan terapi paling berkesan bagi mengurankan kesan stres pada diri anda.Malah,ketawa juga membuat hati lebih tenang dan lega.Bukan itu sahaja,melihat anda ketawa juga menyenankan hati orang di sekeliling anda.Oleh itu,jangan malu untuk ketawa atau sekurang-kurangnya senyum

URUTAN SENDI

  • Kadangkala,bebanan kerja yang banyak membuatkan otot-otot badantegang.Menghadapi komputer seharian juga mungkin boleh mengakibatkan anda pening.Lakukan urutan pada sendi-sendi anda bermula pada titik-titik akupunktur,sekitar hidung dan di tepi mata bagi menghilangkan rasa tidak selesa dan letih.Rehat seketika dan urut secara lembut sehingga rasa pening dan tidak selesa hilang

BERJALAN

  • Tubuh badan yang stres membuatkan anda rasa keletihan dan tidak bermaya.Cuba berjalan sekurang-kurangnya selama 10 minit jika anda rasa tubuh badan anda tidak bermaya.Dengan berjalan,anda dapat mengurangkan tekanan pada seluruh bahagian tubuh badan ketikaj bekerja

SEKS TERATUR

  • Bagi yang sudah berumah tangga,seks teratur juga amat membantu mengatasi ketegangan dan stres.Hubungan intim yang teratur bersama pasangan dapat meleraikan segala ketegangan dan mengembalikan mood anda keesokan harinya

CIUMAN

  • Ciuman yang hangat membuat tubuh lebih relak,tenang,penuh dengan cinta dan kelembutan.Ia menimbulkan gelombang positif pada otak dan perubahan kimia yang lain pada tubuh badan.Manfaatnya lebih kurang sama seperti anda bermeditasi

DOA

  • Ketika anda stres,kelenjara drenalin tubuh anda mengeluarkan bahan kimia yang berfungsi meningkatkan degupan jangtung dan tekanan darah serta menurunkan kekebalan tubuh.Doa merupakan satu cara yang lebih berkesan untuk menghilangkan stres dan sekali gus dapat mendekatkan diri kepada Tuhan

No comments:

Post a Comment