Thursday, 8 November 2012

Petua untuk.....

CIKU ATASI CIRIT-BIRIT
Bagi melegakan cirit-birit,ambil beberapa helai daun ciku dan sebiji putik buah ciku.Rebus dengan dua gelas air.Minum air rebusan itu setelah suam.Insya-Allah,beransur hilang
KEKAL AWET MUDA
Bagi wanita yang mahu mengekalkan awet muda,kisar peria katak,seladeri,epal hijau dan timun bersama sedikit air.Minum jus ini sebagai satu amalan bagi kekal sihat.Untuk rasa lebih enak campurkan dengan madu
BAWANG PUTIH REDAKAN GATAL KERONGKONG
Bagi anda yang mengalami masalah kerongkong gatal,bakar tiga ulas bawang putih.Campurkan dengan sedikit minyak masak,Setelah itu sapukan minyak bawang putih ini di bahagian leher.Bukan sahaja sesuai untuk dewasa tetapi boleh digunakan juga kepada kanak-kanak
LABU DAN BETIK SINGKIR KULIT MATI
Bagi mereka yang mengalami kulit kusam,hilangkan sel kulit mati dengan petua ini.Ambil isi buah labu dan betik.Pastikan buah tersebut telah masak.Kisar dengan putih telur.Sapukan pada wajah dan biarkan selama 10 minit.Kemudian basuh dengan air suam
RAMBUT HITAM BERKILAT
Bagi mendapatkan rambut yang cantik dan hitam berkilat,amalkan memakai minyak kelapa.Caranya parut isi kelapa,kemudian goreng kelapa tanpa minyak,Setelah itu tumbuk kelapa yang telah digoreng sehingga keluar minyak.Minyak tersebut digunakan untuk dilumurkan ke seluruh kepala

No comments:

Post a Comment